Pelakon Rashidi Ishak akui tiada niat untuk menyakiti hati Fazura apabila mengkritik nyanyian pelakon tersebut sebelum ini.
“Apa yang saya suarakan dalam media sosial sekadar pendapat.”
Menurutnya, Fazura memiliki suara yang sedap namun dia perlu mendapatkan banyak latihan vokal bagi mengelakkan insiden persembahan secara langsung di sebuah stesen televisyen Indonesia berulang
“Sama seperti pengguna media sosial lain, saya menggunakan platform ini sebagai medium berkongsi pendapat.
“Perkara itu hanya pandangan ikhlas saya. Tak dinafikan suara Fazura memang sedap sebagai seorang penyanyi pop namun berdasarkan video yang tular itu nyanyiannya sumbang.
“Untuk menjadi penyanyi, latihan amat penting. Mungkin kerana kurangnya latihan nyanyian dan membuat persembahan secara langsung mengakibatkan perkara (suara sumbang) itu berlaku,” katanya.
Walau bagaimanapun, Rashidi memuji Fazura kerana berpeluang untuk membuat persembahan di Indonesia.
Sumber: Kosmo