Ikuti Kisah Perjalanan Hari Bahagia Shuib & Watie di Astro, 24 Jun Ini

Secara ekslusif di Astro Ria, 24 Jun ini, penonton bakal disajikan dengan siri mini terbaharu memaparkan detik-detik manis bakal mempelai yang akan disatukan dalam rancangan ‘Walimatulurus Shuib & Watie’.

ikuti kisah perjalanan hari bahagia shuib & watie di astro, 24 jun ini

Rancangan itu bakal memaparkan perjalanan pelawak dan pengacara popular, Shuib bersama pasangan pilihannya, Watie sebelum meniti hari bahagia mereka, termasuk klip-klip belakang tabir persiapan pertunangan dan perkahwinan mereka.

 

‘Walimatulurus Shuib & Watie’ mempunyai tiga episod istimewa yang akan bermula dengan pertemuan di antara dua keluarga buat pertama kalinya. Episod pertama ini akan menunjukkan majlis pertunangan mereka yang telah berlangsung pada awal Mei tahun ini.

ikuti kisah perjalanan hari bahagia shuib & watie di astro, 24 jun ini

Manakala episod dua akan memaparkan persiapan perkahwinan mereka serta temu bual eksklusif bersama Shuib, Watie, ahli keluarga mereka, sahabat handai dan rakan-rakan artis industri hiburan tentang pasangan romantis ini.

 

Episod tiga pula menyajikan momen-momen indah pembinaan mahligai perkahwinan bersama termasuk mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan malam berinai di rumah keluarga pasangannya, Watie yang dihadiri tetamu-tetamu khas seperti Ustazah Sharifah Qhasif, Ustaz Tarmizi dan ramai lagi.

 

Dalam pada itu, Astro turut akan menyiarkan kelangsungan majlis pernikahan mereka secara langsung ekslusif kepada penonton.

ikuti kisah perjalanan hari bahagia shuib & watie di astro, 24 jun ini

Rancangan ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ akan ditayangkan secara eksklusif bermula 24 Jun 2023, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria. Majlis perkahwinan Shuib & Watie turut akan disiarkan secara langsung menerusi platform Gempak pada pukul 8.30 malam, 23 Jun 2023 ini. Penonton boleh strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.