Erra Fazira merupakan seorang artis terkenal di Malaysia. Beliau telah mencipta nama dalam industri hiburan dengan bakat lakonan dan nyanyiannya yang memukau.
Kejelitaan bekas Miss Malaysia 1992 ini nampaknya telah diwarisi anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, hingga mendapat pujian ramai.
Tidak hairanlah setiap kali Erra Fazira memuatnaik foto atau video Aleesya, ramai yang akan memuji kecantikkan gadis berusia 14 tahun ini.
@errafazirawc
As usual.. mom will be over the pagar kalau bertiktok 😅 Aleesya nak ajak join tiktok.. max 3 kali saja nak try!! lebih kaluuuu.. dia taknak buat dah 🫣😤
♬ If We Ever Broke Up
Selain kecantikkan rupa paras, ketinggian Aleesya juga dikatakan sesuai untuk bergelar model.
@errafazirawc Kebahagiaan kecil dimata yg lain, namun besar dimataku.. love you anakanda .. with all my heart ❤️.. “SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir dan batin” ~ 👗 @lumiereconcept ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku
Dapat dilihat menerusi ruangan komen dikebanyakkan video, ramai netizen bergurau secara berani menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada Erra Fazira ini.
Aleesya, dilahirkan pada tahun 2012 dan merupakan hasil perkahwinan Erra Fazira dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin. Beliau dilihat sering muncul dalam media sosial ibunya dan telah menarik perhatian ramai dengan kecomelannya. Walaupun masih muda, Aleesya sudah menunjukkan bakat dalam bidang seni dan sering kali menjadi teman dekat Erra Fazira dalam pelbagai acara dan projek.
Sumber: Tiktok