Ramai Tak Sabar Nantikan Gandingan Amir dan Anna Dalam ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ di Astro!

Astro kini tampil mempersembahkan ‘Syurga Itu Bukan Mudah’, drama bersiri terbaharu yang bakal menghiasi slot MegaDrama Astro Ria, mulai 4 Disember 2023.

ramai tak sabar nantikan gandingan amir dan anna dalam ‘syurga itu bukan mudah’ di astro!

Mengangkat dua bintang terhangat tempatan yang bakal menjadi pasangan ‘ikon’ dunia drama tahun ini, gandingan ini muncul di dalam sebuah penceritaan dengan naratif percintaan yang menjadi tragedi di alam perkahwinan. Drama baharu ini menyuntik liku-liku kehidupan berpasangan yang dibintangi oleh Amir Ahnaf dan Anna Jobling, selaku pelakon utama dan merupakan naskhah drama yang dinanti-nantikan pada bulan Disember ini.

 

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan  disebalik perwatakan yang baik. Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’. 

ramai tak sabar nantikan gandingan amir dan anna dalam ‘syurga itu bukan mudah’ di astro!

Drama rantaian ini mengetengahkan realiti perkahwinan yang musnah akibat hubungan toksik daripada pasangan suami dan isteri dengan melibatkan jalan cerita yang menggambarkan kehidupan dua dunia berbeza di bawah satu bumbung yang sama. Kisah ini juga diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi jarang diketengahkan. Namun sesuatu yang berbeza dan informatif diselit melalui drama ini yakni isu pengkhianatan, penderaan mental dan emosi pasangan perkahwinan malah sikap suami yang berlandaskan nafsu serta bersifat hipokrit turut diterjemahkan menerusi drama ini. 

 

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling bersama sebagai teraju utama iaitu Farid dan Aileen, di mana kedua-duanya dikenali daripada program realiti pencarian bakat Astro, Hero dan Dewi Remaja. 

ramai tak sabar nantikan gandingan amir dan anna dalam ‘syurga itu bukan mudah’ di astro!

Turut menjadi tunjang utama drama ini ialah Fadhli Masoot yang memegang watak sebagai Arman, orang kanan kepada Farid yang sering menjaga rahsianya serta Alya Iman sebagai Fara, isteri kepada Arman yang bersikap manja tetapi kerap membuli dan mengongkong suaminya. 

 

Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd ini juga turut dijayakan oleh barisan pelakon lain seperti Amir Nafis, Steve Yap, Bulan Terry, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

 

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ bakal menemui para penonton Astro mulai 4 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.