Pelakon, Nadia Brian adalah antara selebriti yang aktif menggunakan media sosialnya untuk menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Baru-baru ini, pelakon cantik ini dilihat hadir ke perhimpunan soladiriti untuk Palestin yang diadakan di ibu kota pada Sabtu lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Nadia turut berkongsi foto dan video ketika menghadiri perhimpunan itu.
“Syukur, Alhamdulillah. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada Himpunan 10K Soladiriti Palestin,” kata Nadia.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji penampilan sopannya. Malah, ada juga netizen yang turut mendoakan agar Nadia terbuka hati untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
Terdahulu, Nadia pernah menerima kecaman netizen gara-gara tampil dengan imej seksi selepas berpisah dengan bekas suaminya.
Sumber: Instagram