Baru-baru ini tular video Tiktok yang menunjukkan penyanyi Erra Fazira menari bersama anak gadisnya menerusi laman Tiktok.
Pasangan anak beranak ini dilihat melakukan trend lagu ‘Kadang Bikin Aku Kesal’ yang kini popular di platform media sosial itu.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah raut wajah anak gadisnya yang berusia 13 tahun itu, Engku Aleesya Engku Emran yang mendapat pujian dengan rata-ratanya memuji kecantikan beliau.
“Bersama Aleesya, dia layankan sahaja mom dia,” tulis Erra pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, warganet sepakat memuji kecantikan anak gadisnya yang dilihat mewarisi kejelitaan Erra yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992.
Engku Aleesya merupakan cahaya mata Erra bersama bekas suami, Engku Imran menerusi perkahwinan mereka yang dibina pada 25 Oktober 2007.
Sumber: Tiktok