Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dilihat semakin aktif dan terbuka dalam berkongsi hantaran di media sosialnya.
Pemilik nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin baru-baru ini telah berkongsi satu juadah air tangannya sendiri iaitu sambal sotong yang katanya hidangan kegemaran suami tercinta.
Menerusi Instastory, Ira Kazar turut berkongsikan resipi sambal sotong berkenaan, selepas dikatakan menerima banyak direct message (DM) oleh pengikutnya yang meminta resipi hidangan itu.
Terdahulu, Ira dan Syamsul telah selamat mendirikan rumah tangga pada 6 Januari lalu di Thailand, dengan berwalikan bapa Ira sendiri iaitu Kazar.
Sumber: Instagram Ira Kazar