Ramai Cadang Cuti Penggal Sekolah Dimansuhkan, ‘‘Dah Lama Duduk Rumah..’’

Jika diikutkan pada kalendar dan takwim persekolahan, cuti pertengahan penggal akan bermula 26 Mac ini hingga 3 April depan bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala sekolah di negeri-negeri lain akan mula bercuti pada 27 Mac hingga 4 April.

ramai cadang cuti penggal sekolah dimansuhkan, ‘‘dah lama duduk rumah..’’
 
Pun begitu, kebanyakkan ibu dan bapa mencadangkan agar semua cuti penggal bagi tahun ini dimansuhkan, bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini.

ramai cadang cuti penggal sekolah dimansuhkan, ‘‘dah lama duduk rumah..’’
 
Memetik laporan dari Astro Awani, YDP Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail berkata kebanyakkan ibu dan bapa yang berjumpa dengannya mengatakan anak-anak mereka sudah terlalu lama berada di rumah sebelum ini.

 
“Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan kurang sikit signifikannya cuti penggal ini sebab mereka dah terlalu lama berada di rumah.
"Jadi mereka ini dah banyak ketinggalan, justeru ibu bapa minta saya mengutarakan supaya dipertimbangkan untuk ditiadakan cuti penggal,” ujarnya.

 
Katanya lagi, beliau juga berharap ahar pihak sekolah berasrama melaksanakan SOP yang ketat terutamanya pada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah. Ia bertujuan mengelakkan pelajar-pelajar di asrama ini dijangkiti COVID-19.

 
“Kita berharap pemantauan SOP ini dapat dijalankan dengan teratur dan efektif yang mana bila anak-anak balik ke asrama mereka tidak dijangkiti.
"Pelawat atau orang luar yang masuk ke kawasan sekolah harus diperiksa dulu mengikut SOP yang ditetapkan sebab kita tidak mahu orang luar yang masuk ke kawasan sekolah bawa virus dan menyebabkan timbulnya kluster baharu,” tambahnya.

 
Sumber: Astro Awani