Rakyat Malaysia Yang Menetap Di Fasa 2 & Lengkap Vaksin Boleh Dine-In, Ini Info Lanjut Mengenainya

Orang ramai yang menetap di negeri-negeri Fasa Dua dan telah lengkap dua dos suntikan vaksin dibenarkan untuk menjamu selera atau dine-in di premis makanan bermula 10 Ogos ini.

rakyat malaysia yang menetap di fasa 2 & lengkap vaksin boleh dine-in, ini info lanjut mengenainya

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pengumuman Khas Perdana Menteri pada petang Ahad semalam.

‘Saya menasihatkan orang ramai untuk dine-in apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama. Orang ramai juga dinasihatkan untuk take-away jika situasi mengizinkan.

“Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terbaik,” kata beliau dalam pengumuman khas tersebut.

Selain itu, beliau turut menyarankan para pengusaha premis kedai makan agar menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi tujuan pengudaraan yang lebih baik.

“Kita faham bahawa risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar,” lanjutnya.

Sebagai tambahan, pemilik premis kedai makan juga perlu memastikan para pelanggan yang memasuki premis untuk dine-in wajib menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (COVID-19 vaccination digital certificate) yang membuktikan bahawa seseorang individu itu telah menerima vaksinasi lengkap.

Sementara itu, bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, perlu mematuhi SOP yang ketat.

“Keputusan ini dibuat dengan sangat berhati-hati dan ia adalah selaras dengan data yang dikumpul di dalam negara tentang keberkesanan vaksinasi lengkap serta prinsip sains dan kesihatan awam yang diguna pakai di seluruh dunia,” terang Muhyiddin.

Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Rujukan semasa:

Negeri Fasa 2: Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, P, Pinang, Sabah

Negeri Fasa 3: Labuan, Sarawak, Perlis

 

Sumber: [1]