Rakyat Malaysia Yang Masuk Thailand Harus Patuh SOP

Rakyat Malaysia yang akan memasuki Thailand melalui sempadan darat Thailand-Malaysia harus sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

rakyat malaysia yang masuk thailand harus patuh sop

Kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid, “Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand harus betul-betul memahami SOP yang ditetapkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini ketika mereka berada di sini.

“Sekiranya berlaku sesuatu, mereka harus menghubungi terus pihak kedutaan atau pejabat konsul jeneral.”

Sebagai tambahan, mereka yang melalui pintu sempadan darat Sadao (wilayah Songkhla) - Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Prachan (Satun) - Wang Kelian (Perlis) juga disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kedutaan dan pejabat konsulat.

Bermula 1 April, dua pintu sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam dan Wang Prachan-Wang Kelian akan dibuka semula kepada pelancong yang lengkap vaksin COVID-19.

Selain itu, mereka juga perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$20,000 (RM84,200), jelas Muhammad Ridzuan.

Rakyat Malaysia menjadi kumpulan pelancong terbesar ke negara itu sebelum pandemik COVID-19 yang mana pada 2019, Thailand merekod kira-kira 4.1 juta pelawat dari Malaysia.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN