Rakyat Malaysia Punya Kawan Terbanyak Di Facebook

Dalam dunia yang semakin berkembang maju seiring dengan teknologi, penduduk dunia juga semakin dekat dengan sosial media yang seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada rutin harian kebanyakan mereka.

rakyat malaysia punya kawan terbanyak di facebook

Menurut kajian yang pernah dijalankan, rakyat Malaysia menghabiskan kira-kira lima jam dalam talian setiap hari.

Berikutan itu, tiga daripada lima jam tersebut pula dihabiskan pada media sosial.

Menerusi Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 15.6 juta daripada 19.2 juta pengguna internet di Malaysia merupakan pengguna aktif Facebook.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan pada 2010 oleh firma antarabangsa TNS mendapati rakyat Malaysia mempunyai rakan paling banyak di laman web rangkaian sosial seperti Facebook.

Bahkan, mereka juga menghabiskan paling banyak masa dalam seminggu di laman web sebegitu.

Selain itu, tinjauan yang dijalankan menerusi wawacara bersama 50, 000 pengguna di 46 buah negara itu juga mendapati rakyat Malaysia mempunyai kira-kira 233 rakan di rangkaian sosial mereka.

Tangga kedua diduduki Brazil sebanyak 231 dan Norway sebanyak 217.

Pengguna Jepun pula mempunyai bilangan rakan yang paling sedikit dengan purata sebanyak 29 orang.

 

Sumber: The Edge

ARTIKEL BERKAITAN