Rakaman CCTV Tunjuk Kelibat Aliff Aziz dan Ruhainies di Kondo Mewah

Nama pelakon, Aliff Aziz telah menjadi sebutan ramai selepas dia didakwa berkhalwat bersama seorang pelakon wanita, awal pagi tadi.

didi astillah kongsi kembali video lama bella bersama ruhainies, “kawan makan kawan..”

Meskipun belum ada sebarang pengesahan rasmi dibuat, namun media tempatan rancak menyebut nama Ruhainies sebagai pelakon wanita yang dimaksudkan.

rakaman cctv tunjuk kelibat aliff aziz dan ruhainies di kondo mewah

Baca: Didi Astillah Kongsi Kembali Video Lama Bella Bersama Ruhainies, “Kawan Makan Kawan..”

 

Menerusi satu kamera litar tersembunyi (CCTV) bertarikh 25 Feb, kelibat kedua-dua pelakon itu dilihat berjalan dari lobi sebuah kondominium mewah di ibu negara menuju ke lif.

rakaman cctv tunjuk kelibat aliff aziz dan ruhainies di kondo mewah

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di premis terbabit ketika operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), malam tadi.

 

Malah, turut dilihat berada di situ ialah kakak Ruhainies yang juga seorang pelakon iaitu Risteena Munim bersama dua adiknya yang lain.

rakaman cctv tunjuk kelibat aliff aziz dan ruhainies di kondo mewah

“Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian,” demikian menurut Hlive yang memetik sumber Harian Metro.

 

 

Sumber: Instagram