Majlis Raja-Raja Melayu Akan Bersidang Esok

Majlis Raja-Raja Melayu Akan Bersidang Esok

majlis raja-raja melayu akan bersidang esok

Landskap politik negara masih lagi belum baik. Seluruh rakyat ditinggalkan dengan penuh tanda tanya dan persoalan akan apa yang akan berlaku seterusnya.

Terbaru, Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan akan bermesyuarat khas di Istana Negara pada esok hari. Menurut laporan Astro Awani, mesyuarat itu akan diadakan sebelum solat Jumaat.

Menurut laporan itu juga, mesyuarat tersebut akan membincangkan situasi politik terkini negara ini. Majlis mesyuarat itu berkemungkinan untuk menentukan sama ada untuk meneruskan kerajaan yang baharu atau membubarkan Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) telah memanggil 221 Ahli Parlimen untuk bersemuka secara peribadi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri ataupun mahu membubarkan Dewan Rakyat.

Sumber: Astro Awani

 

 

ARTIKEL BERKAITAN