Teka-Teki Hubungan Mawar Rashid dan Suami Terjawab, “Kami Setuju Berpisah..”

Teka-teki mengenai hubungan pelakon, Mawar Rashid bersama suaminya, Raf Yaakob, akhir terjawab hari ini (23 Nov) menerusi hantaran di Instagram Stories milik Raf sendiri.

teka-teki hubungan mawar rashid dan suami terjawab, “kami setuju berpisah..”

Menurutnya, beliau akui dirinya dan Mawar bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada bersefahaman. Bagaimanapun, mereka memilih untuk berpisah secara baik dan mahu memberi fokus utama terhadap keperluan anak-anak.

 

Menurut Raf lagi, kenyataan dibuat itu diharap kekal sebagai satu-satunya perkongsian mengenai status hubungan mereka dan berharap orang ramai dapat menghormatinya.

teka-teki hubungan mawar rashid dan suami terjawab, “kami setuju berpisah..”

Menerusi Instagram Stories Mawar Rashid, beliau turut berkongsikan kenyataan yang sama, mengesahkan perpisahan yang mereka alami.

teka-teki hubungan mawar rashid dan suami terjawab, “kami setuju berpisah..”

Terdahulu, Raff Yaakob telah berkahwin bersama Mawar Rashid pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

 

Sumber: Instagram