Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, radio GEGAR menganjurkan ibadah korban menerusi ‘Korban Raya GEGAR 2021’.
Program tersebut melibatkan pengagihan daging korban kepada tiga buah kampung di Tanah Merah, Kelantan iaitu Kampung Padang Lalang, Kampung Banggol Nering dan Kampung Baru Hitam.
Tidak ketinggalan, Geng GEGAR Fan Club (GGFC) turut ‘turut padang’ bagi menyempurnakan proses penyembelihan dan pengagihan daging korban di Tanah Merah, yang mana hasil daging korban tersebut diagihkan kepada hampir 145 isi rumah dari kesemua kampung yang terlibat.
“Kami bersyukur berpeluang menjalankan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan ini kepada peminat-peminat kami di Kelantan tahun ini. Disebabkan norma baharu dan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti turun padang seperti ini dihadkan,” Raja Nadia Salwana Raja Hisham selaku Pengurus Kandungan GEGAR.
Lanjutnya, “Namun, dengan kerjasama dan bantuan Geng GEGAR Fan Club (GGFC) dari Tanah Merah sendiri, usaha ini dapat dijalankan untuk kami berkongsi rezeki bersama peminat dan penduduk kampung dalam meraikan Hari Raya Aidiladha ini.”
Sebagai makluman, upacara ibadah korban itu juga adalah berdasarkan kelulusan dan diadakan dalam keadaan yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Bagi memperoleh maklumat lanjut berkenaan program ‘Korban Raya GEGAR 2021’, orang ramai boleh melayari halaman rasmi GEGAR.