“Kami Masih Baik Demi Anak-Anak” - Que Haidar, Linda Jasmine Cerai Talak Satu

Selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama, pelakon Que Haidar akui telah bercerai talak satu dengan Linda Jasmine pada 2 Julai lalu. 

 

Que mengesahkan berita tersebut dan menerima ia sebagai ketentuan Allah selain menegaskan hubungannya dengan Linda masih terjalin baik.

 

“Allahuakbar, alhamdulillah itu (perceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya dan Linda. Tapi kami masih baik, tiada siapa yang mahu bercerai.

 

“Mungkin ini jalan yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Perceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu,” katanya. 

 

Walau bagaimanapun, Que tidak mendedahkan punca perceraian mereka sebaliknya berkongsi keputusan tersebut dibuat secara sepakat. 

 

Namun, Que turut bersyukur kerana anak-anaknya sudah matang untuk menerima perceraian tersebut.

 

Sumber: Kosmo