Ramai Kata Muka Mirip Mira Filzah, Qasrina Karim Terima Ia Sebagai Pujian

Jika anda sedang menonton drama Imam Instant Ustazah Scammer di Astro Ria, pasti anda cukup kenal dengan watak Siti Siakap lakonan Qasrina Karim ini.

ramai kata muka mirip mira filzah, qasrina karim terima ia sebagai pujian

Qasrina, 26, merupakan seorang pelakon dan juga model wanita di Malaysia. Dilahirkan di Subang Jaya, Selangor, nama Qasrina mula dikenali pada 2018 kerana dikatakan mempunyai wajah seiras dengan Mira Filzah dan juga Dato Sri Siti Nurhaliza.

 

Pertama kali digandingkan bersama Mira Filzah dalam sebuah drama, Qasrina akui pada mulanya agak ‘nervous’.

 

“Bila jumpa dia first time, nervous tu ada dan ia hilang, kerana Mira sangat baik. Dia buatkan saya selesa ketika berada di set penggambaran,” ujar Qasrina.

ramai kata muka mirip mira filzah, qasrina karim terima ia sebagai pujian

Ditanya adakah Qasrina rimas apabila sering diajukan soalan muka seiras Mira Filzah, Qasrina menafikan ia dan menerima sebagai pujian.

 

“Saya ambil itu sebagai pujian sebab Mira sangat cantik, baik. So bila orang cakap macam tu, saya terima sebagai pujian,” jelas Qasrina lagi.

 

@astronews1

Pelakon Imam Instant Ustazah Scammer Qasrina Karim berkata dia ambil sebagai pujian jika penonton kerap kali samakan wajahnya dengan Mira Filzah

♬ original sound - Astro News

 

Terdahulu, Qasrina telah muncul dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer, bersama pelakon hebat lain seperti Mira Filzah, Hun Haqeem dan juga Mierul Aiman.

ramai kata muka mirip mira filzah, qasrina karim terima ia sebagai pujian

Sedikit sinopsis mengenai drama ini, demi membayar hutang, Effa (lakonan Mira Filzah) sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf (lakonan Hun Haqeem), seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus (lakonan Usop Wilcha) untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu bagaimanapun membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.

 

Sumber: Astro Radio News