‘‘Mereka Ejek Dahi Saya Besar,’’ Qasrina Karim Tak Suka Baca Komen Negatif

Pelakon, Qasrina Karim mengakui pernah berdepan dengan komen ‘bodyshaming’ apabila ada warganet yang mengecam dahinya yang dianggap besar.

‘‘mereka ejek dahi saya besar,’’ qasrina karim tak suka baca komen negatif

Bagaimanapun menurut pelakon berusia 26 tahun itu, beliau nekad untuk tidak mempedulikan dan tidak membaca komen berbaur negatif di media sosial untuk mengelakkan dirinya tertekan.

 

“Setakat ini, belum ada lagi kecaman melibatkan lakonan saya. Tetapi, pernah sekali orang ‘kritik’ penampilan. Mereka bodyshaming dengan mengejek dahi saya yang besar.

“Mula-mula memang sedih, tetapi lama-kelamaan saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mempedulikan komen sebegitu. Jangan bagi ruang kecaman itu tembus dalam hati,” katanya.

‘‘mereka ejek dahi saya besar,’’ qasrina karim tak suka baca komen negatif

Ujar Qasrina lagi, beliau sentiasa mendapatkan nasihat daripada keluarga apabila berdepan dengan masalah terutama melibatkan kecaman daripada warganet.

 

“Bila baca, saya akan tertekan. Kita tidak boleh mengawal netizen, tetapi kita boleh kawal diri dan minda sendiri. Nama pun pejuang papan kekunci.

“Bila ada masalah atau tertekan dengan kecaman, saya selalu meluahkannya dengan ahli keluarga,” katanya lagi.

 

Qasrina juga pernah menjadi perhatian ramai suatu ketika kerana dibandingkan wajahnya mirip dengan pelakon, Mira Filzah.

‘‘mereka ejek dahi saya besar,’’ qasrina karim tak suka baca komen negatif

 

Sumber: Utusan

 

ARTIKEL BERKAITAN