“Kecantikan Ini Satu Pelaburan,” Qasrina Karim Dedah Rahsia Jaga Kulit dan Badan

Pelakon, Qasrina Karim akui dirinya amat mementingkan penjagaan kulit wajah, meskipun mempunyai jadual kerjaya yang amat sibuk.

“kecantikan ini satu pelaburan,” qasrina karim dedah rahsia jaga kulit dan badan

Mula dikenali sebagai model muslimah dan menjadi tular dek kerana wajahnya yang mirip dengan pelakon jelita, Mira Filzah, pelakon drama bersiri My Famous Ex Boyfriend ini mempunyai rahsianya tersendiri dalam soal kecantikkan wajah serta tubuh badan.

 

Lebih mesra dengan panggilan Qas, beliau menjelaskan dia tidak pernah lupa untuk melakukan rutin kecantikannya walaupun sibuk. Katanya, ia merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi mengekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga public figure.

 

“Kecantikan ini satu investment, jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.

“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana ia satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri,” kata Qas.

“kecantikan ini satu pelaburan,” qasrina karim dedah rahsia jaga kulit dan badan

Tambah Qas, beliau akui ada mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajah seperti vitamin C, selain untuk kekal bertenaga.

 

Malah, beliau juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk kesihatan tubuh badannya.

“kecantikan ini satu pelaburan,” qasrina karim dedah rahsia jaga kulit dan badan

“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan lain kerana ia cukup memberikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.

“Saya juga suka makan buah-buahan seperti bluberi, strawberi dan juga salah. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah,” kata Qas lagi.

 

Sumber: Media Hiburan