Puteri Sarah menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia menang dalam kemelut yang melanda antara dirinya bersama Syamsul dan Ira Kazar.
“Saya tidak anggap apa yang berlaku dalam perkahwinan Syamsul dan bekas isterinya adalah satu kemenangan untuk saya,” katanya.
Menurutnya, dia menganggap apa yang berlaku ini adalah takdir yang sudah tertulis.
“Ini semua adalah takdir. Saya tidak pernah anggap ini satu kemenangan. Itu hanyalah tanggapan netizen.
“Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Saya dah lama ‘move on’.
“Jadi saya kalau boleh tidak mahu komen sangat tentang perkara yang melibatkan mereka yang sudah tiada mengena dengan saya lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Sarah juga meminta agar netizen berhenti mengaitkan dirinya dalam setiap cerita mengenai bekas suaminya.
Sumber: Kosmo