Puteri Sarah Selar Individu Yang Panggil ‘Geng Secondhand’

Sering menerima komen tidak sepatutnya, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana tidak dapat menahan kemarahan selepas seseorang individu didakwa kerap menghantar mesej peribadi (DM) berbaur hinaan dalam laman sosial miliknya.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga turut meninggalkan komen dalam hantaran Instagram melabel dirinya dan rakan artis, Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’.

 

 

“Siapa orang munafik ini? Bukan main komen dekat Instagram aku. Sudah letak muka dia, tiba-tiba profile semua hilang.

“Bila tweet, bukan main nampak baik tapi munafik,” kongsinya dalam platform X.

puteri sarah selar individu yang panggil ‘geng secondhand’

Dalam pada itu, menurut Sarah lelaki tersebut kini sudah menyekat akaun media sosialnya susulan Sarah yang menyelar sikap pengecut individu berkenaan yang berani dibelakang sahaja, apabila dipanggil takut pula. 

“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella Astillah. Dekat sini, pengecut pula.

“Sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen Instagram itu tapi yang ini macam tak tahu nak berhenti.

“Kenapa block aku?,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo