‘Tolong Ambil Tindakan Untuk Diri Sendiri’

Pelakon dan isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof, iaitu Puteri Sarah menasihatkan kaum wanita di luar sana supaya berani mengambil tindakan sekiranya terdapat orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

‘tolong ambil tindakan untuk diri sendiri’

Menurut Sarah, sebagai wanita yang bergelar isteri, kaum itu tidak seharusnya membiarkan kepala mereka dipijak orang ketiga yang mengganggu keharmonian hubungan perkahwinan yang telah dibina.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata begitu sebagai responnya terhadap satu kirim mesej di Instagram daripada seorang wanita yang bertanya mengenai prosedur undang-undang berkenaan orang ketiga.

“Bertabahlah wanita-wanita di luar sana. Ramai mesej saya. Tolong ambil tindakan untuk diri sendiri. Jangan bagi kena pijak kepala dengan orang ketiga,” ujarnya.

Wanita yang dirahsiakan identiti itu mendedahkan rumah tangga abang dan kakak iparnya kini goyah akibat gangguan orang ketiga.

“Ada tindakan sivil. Kalau awak ikut kes saya, saya ambil dua tindakan undang-undang. Sivil dan syariah.

“Untuk sivil, saya dapat perintah injuksi sebab dia kacau tanpa henti,” ujar Puteri Sarah.


Sumber: Kosmo