Pelakon, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini telah berkongsi pengalaman dirinya pernah disahkan mengalami kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (ectopic pregnancy).
Menurut Sarah, dia mengakui berasa sedih ketika itu dan mengambil masa selama tiga tahun untuk kembali pulih, sebelum dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Syaikhul Islam.
“Siapa yang pernah kena ectopic pregnancy, jangan takut, jangan risau. It is not the end od the world.
“Sarah pun masa tu ingat dah gelap lah masa depan Sarah.
“Tiga tahun Sarah tunggu untuk ectopic pregnancy tu heal, untuk Sarah dapat Syaikhul. Masa tu Sarah ingat Sarah dah tak boleh pregnant.
“Masa Sarah dapat tahu ectopic pregnancy tu, Sarah memang nangis teruk,” kongsi Sarah ketika membuat Tiktok Live.
Dalam perkongsian sama, Sarah mendedahkan dia pernah terfikir tidak boleh lagi hamil memandangkan satu tiub fallopio sudah dibuang kerana kandungan berada di luar rahim.
“Sebab Sarah ingat Sarah dah tak boleh pregnant, sebab satu tiub Sarah dibuang maknanya sekarang ni Sarah ada satu tiub sahaja.
“Lepas tiga tahun, Sarah enjoy dulu, lepas Sarah dapat Syaikhul dan Sumayyah. Alhamdulillah, walau dengan hanya satu tiub sahaja,” kata Sarah lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana pernah berkahwin dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Bagaimanapun kisah rumah tangga pasangan ini akhirnya terkubur selepas mereka disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Sumber: Gempak