Pelakon, Puteri Sarah Liyana sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi satu foto di Instagram Stories, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Puteri Sarah telah memuatnaik foto tangan seorang lelaki sedang memegang telefon, namun tidak diketahui siapa gerangannya.
Foto itu nyata mencuri perhatian ramai, hinggakan netizen mula berspekulasi dengan pelbagai pendapat tersendiri, termasuk ada yang mengatakan Puteri Sarah kini sudah menjumpai pengganti.
Ada juga warganet yang memetik nama seorang pelakon Indonesia, iaitu Andi Arsyil, memandangkan pelakon wanita itu kini juga sedang berada di Jakarta bersama anak-anaknya atas urusan perniagaan.
Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan lanjut dibuat Puteri Sarah mengenai individu terbabit.
Sumber: Instagram