Meskipun Dah Cerai, Puteri Sarah Mahu Jaga Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof

Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkata beliau masih mahu menjaga hubungan baik dan mengambil berat keadaan bekas suaminya, Syamsul Yusof.

meskipun dah cerai, puteri sarah mahu jaga hubungan baik dengan syamsul yusof

Menerusi satu klip video Tiktok yang tular, Puteri Sarah berkata sedemikian ketika membuat siaran langsung memberitahu Syamsul sering menjamu selera di rumahnya.

 

“Kadang-kadang bila dia datang tengok anak, kemudian dia makan dulu di rumah saya sampai tambah dua kali.

“Selalunya kalau dia nak datang rumah, saya akan tanya dulu dia sudah makan atau belum? Dia akan jawab sudah.

“Tapi bila sampai saja di rumah saya dia akan tanya ada masak apa-apa tak untuk dimakan. Saya pun terus rasa kesian,” katanya.

 

@puteri.sarah.liya25 Harap takde yg panas 🤪 #puterisarahliyana #fypシ #masukberandafyp ♬ bunyi asal - Puteri Sarah Liyana

 

Rata-rata netizen kemudian mendakwa pengarah sensasi itu mungkin masih merindui air tangan bekas isterinya selain turut terhibur dengan usikan manja Puteri Sarah.

 

Terdahulu, kemelut rumah tangga melanda pasangan ini hingga menyebabkan berlakunya penceraian talak satu Syamsul dan Puteri Sarah pada 14 Jun lalu.

 

Sumber: Tiktok