Puteri Sarah Dedah Anak Tak Tahu-Menahu Tentang Situasi Rumahtangga

Pelakon dan isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Puteri Sarah Liyana mengaku yang anak-anak mereka tidak tahu-menahu mengenai kes mahkamah yang sedang dilaluinya sejak bulan lalu.

puteri sarah dedah anak tak tahu tentang situasi rumahtangga

“Anak-anak saya tak tahu apa yang berlaku…mereka hanya tahu happy dan pergi sekolah.

“Macam baru-baru ini, saya pergi ke Singapura dan anak-anak dijaga oleh bapa dan ibu mentua saya.

“Jadi, anak-anak ingat mereka hanya berjumpa dengan atuk dan nenek. Alhamdulillah, mereka berada dalam kalangan orang yang supportive.

“Saya tak nak lihat mereka dikelilingi oleh mereka yang toksik. Nanti lama-lama akan memberi kesan,” katanya ketika ditemu bual media tempatan.

30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Terdahulu, rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa bermasalah akibat kehadiran pihak ketiga.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.


Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN