Pelakon Puteri Balqis baru-baru ini berkongsi di Instagram Stories di laman akaun Instagram miliknya dan meminta maaf kepada peniaga yang memintanya untuk membuat review produk.

Katanya, dia terpaka menolak permintaan itu kerana terdapat sesetengah produk yang dijual tidak sesuai dengan keadaan kesihatan yang dihadapinya kini.
Menerusi perkongsian Aqish di Instagram Storynya, Aqish tidak boleh sesuka hati mencuba produk kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada diri Aqish kerana sekarang pun dia sedang mengambil ubat anti kemurungan serta ubat tidur dalam dos yang tinggi.
“Ubat anti depression dan ubat tidur yang Aqish sedang ambil agak kuat. Jadi pengurus Aqish kena betul-betul make sure produk yang dimakan sesuai untuk Aqish sebelum Aqish review”, tambah Aqish lagi.
Aqish juga memohon maaf jika ada di antara review yang terpaksa ditolak oleh pengurusnya kerana ada sesetengah produk yang kurang sesuai untuk Aqish.
“Kalau produk okay, Aqish pasti akan promote”. Kata Aqish.
Sumber: Instagram @morosechild