‘Saya Introvert, Ada Social Anxiety’ - Puteri Balqis Minta Maaf Jika Pernah Bersikap Dingin

Pelakon Puteri Balqis tidak setuju dengan kenyataan dirinya sombong sebaliknya akui dia mempunyai masalah bersosial ketika berhadapan dengan ramai orang. 

Menurutnya, isu kesihatan tersebut disahkan sebagai ‘social anxiety disorder’ atau gangguan kebimbangan bersosial yang menjadi penghalang untuk dirinya bergaul dengan orang. 

‘saya introvert, ada social anxiety’ - puteri balqis minta maaf jika pernah bersikap dingin

“Mungkin orang nampak saya macam berlagak, bongkak dan sombong, tapi hakikatnya saya sangat sayang semua peminat, besties (kawan).

“Saya introvert, ada social anxiety yang sangat teruk dan kalau berdepan orang tak dikenali saya jadi tak tahu nak cakap apa,” katanya. 

‘saya introvert, ada social anxiety’ - puteri balqis minta maaf jika pernah bersikap dingin

Dalam pada itu, Balqis turut meminta maaf jika dirinya bersikap dingin sehingga mencetuskan salah faham kepada orang lain. 

“Saya minta maaf, saya bukan sengaja,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo