‘Saya Risau Dengan Masa Depan Aqish’ - Ibu Dedah Puteri Balqis Digugurkan Dari Tawaran Berlakon Selepas Isu Tular

Akibat pendedahan ‘berani mati’ yang dilakukannya menerusi satu program di YouTube baru-baru ini, nama Puteri Balqis Azizi digugurkan daripada membintangi sebuah drama terbaru.

‘saya risau dengan masa depan aqish’ - ibu dedah puteri balqis digugurkan dari tawaran berlakon selepas isu tular

Perkara tersebut dikongsikan sendiri ibu kepada pelakon berusia 15 tahun itu, Norashikin Mohd Azi.

Menurut Norashikin, kerana isu hangat itu, Puteri Balqis terpaksa berdepan dengan kehilangan tawaran kerja bagi membintangi drama 14 episod.

“Sedih nak beritahu, tawaran kerja untuk drama 14 episod bagi tayangan di sebuah stesen televisyen swasta ditarik balik dan nama Aqish (Puteri Balqis) digugurkan.

“Biasalah, kes tengah viral (tular) dan apa yang saya bimbang adalah masa depan kerjaya seni Aqish selepas ini. Selain itu, risau juga dengan jualan bukunya yang agak perlahan,” ujarnya.

Tambah Norashikin, sumber pendapatan mereka dua beranak bergantung pada tawaran lakonan yang diterima Puteri Balqis sepenuhnya selain hasil jualan buku anaknya itu yang berjudul 38 Poems of Puteri Balqis.

“Walaupun hati ini bimbang memikirkan nasib kami dan kerjaya seni Aqish, tapi saya sentiasa percaya pada rezeki yang diaturkan oleh Allah untuk kami dua beranak.

“Saya cuma risau saja. Tapi, Alhamdulillah kami masih lagi dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan amat membantu. Syukur sangat, sebab itu sudah memadai untuk saya terus kuat dengan dugaan ini,” ujarnya.

 

Sumber: HMetro