Kini Trimester Ketiga, Puteri Aishah Pernah Mengidam Kek Tapak Kuda, “Susah Pula Nak Dapat,”

Pelakon, Puteri Aishah meluahkan rasa syukur kerana semua alahan yang dialaminya sebelum ini telah hilang apabila kandungannya kini memasuki trimester ketiga.

kini trimester ketiga, puteri aishah pernah mengidam kek tapak kuda, “susah pula nak dapat,”

Menurut pemilik sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 30, keadaanya sebelum ini menyukarkan dirinya untuk melakukan persiapan bagi menyambut kelahiran bayi pertamanya itu tidak lama lagi.

 

“Masuk trimester kedua, saya sudah semakin okey. Sebelum ini rasa tak mahu keluar rumah, malas makan dan asyik tidur sahaja tetapi tidak muntah.

“Saya bakal melahirkan pada pertengahan April tetapi belum buat persediaan lagi. Ini pengalaman pertama saya dan suami jadi ibu bapa, jadi kami tidak tahu apa nak beli.

“Kami masih buat tinjauan jenama yang bagus. Baru-baru ini saya ekspo bayi pun tak beli apa-apa, cuma tengok-tengok sahaja,” katanya.

 

Beliau dalam pada itu turut berkongsi pengalaman mengidam makan kek tapak kuda yang menjadi viral di media sosial, baru-bari ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puti (@puteriaishahofficial)

 

“Sepanjang mengandung saya akan terus beli makanan yang saya teringin makan. Cuma ada sekali saya tak dapat lunaskan keinginan dengan cepat iaitu kek tapak kuda.

“Kek itu tular dalam TikTok. Susah pula nak dapat, itu yang lama baru dapat makan.

“Itu sahaja yang mengidam sebab tertunggu-tunggu bila kek akan sampai. Alhamdulillah, akhirnya dapat makan,” kata beliau.

kini trimester ketiga, puteri aishah pernah mengidam kek tapak kuda, “susah pula nak dapat,”

Untuk info, Puteri Aishah telah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Firdaus, pada 21 Nov 2021 dan kini sedang sarat hamil anak sulung mereka.

 

Sumber: Kosmo!