Pulau Pinang Juga Akan Beralih Ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara

Satu sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk mengubah status negeri Pulau Pinang daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

pulau pinang juga akan beralih ke fasa 2 pelan pemulihan negara

Peralihan ini akan berkuatkuasa bermula 7 Julai 2021 dengan membenarkan beberapa operasi perniagaan seperti semua jenis barang dagangan di kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya serta pasar mini.

pulau pinang juga akan beralih ke fasa 2 pelan pemulihan negara

Operasi premis makanan baru bagi Fasa 1 dan Fasa 2 juga dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam, kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Penduduk kawasan PKPD juga dibenarkan untuk keluar bagi tujuan vaksinasi dengan hanya perlu menunjukkan temujanji dalam aplikasi MySejahtera. Maksimum dalam kenderaan pula adalah seramai tiga orang termasuk pemandu untuk tujuan ini.

 

Tambah lagi, mereka yang ingin pulang ke kampung bagi tujuan membawa ahli keluarga mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri juga dibenarkan. Mereka hanya perlu menunjukkan janjitemu MySejahtera dan mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.

 

Terdahulu, sebanyak lima negeri sudah beralih ke Fasa Dua PPN berkuatkuasa 5 Julai iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 

Sumber: Astro Radio News