‘Abah Doakan Allah Jadikan Adik Hafiz Al-Quran’ - PU Riz

Pendakwah selebriti terkenal, PU Riz mempunyai impian agar anak keduanya, Abdullah Abbas bakal bergelar hafiz al-Quran apabila dewasa nanti.

Menurut Riz, Abbas adalah satu anugerah yang tidak ternilai buat dirinya dan isteri iaitu Neelofa. 

“Sudah genap usiamu setahun, cepatnya masa berlalu. Dinaaktu kau dilahirkan, kegembiraan abah dan umi ditambah tanpa disedari.

“Senyuman yang pernah adik ukirkan adalah antara hadiah dan kesyukuran kami kepada Sang Pencipta.

“Abah doakan agar Allah jaga adik, jadikan adik hafiz Al-Quran, fakih dalam agama selaras dengan nama adik, dipilih dari antara sahabat Nabi yang diredai Allah dan juga ahli keluarga baginda,” tulisnya. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

 

Dalam pada itu, Riz turut berkata dia tidak mengharapkan wang ringgit mahupun harta sebaliknya berharap agar anak-anaknya sentiasa mendoakan dirinya selepas dia tiada dan terus menjadikan agama sebagai pendamping hidup.

“Abah sayang Abbas. Nanti bila awak sudah mampu membaca atau mungkin juga sudah menghafal beberapa surah dalam al-Quran, ketahuilah itu sahaja abah harapkan agar awak ingat ayat suci Allah. Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan.

“Cuma kalaulah jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka. Adik jangan lupa doakan abah dan umi ya.

“Sekali lagi abah coretkan jauh dari sudut hati abah. Adik akan benar-benar genggam kecelikan dalam agama dan bakal menjadi insan soleh insya-Allah,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo