PTPTN kini tersepit!

Mungkin itulah yang sesuai digambarkan tentang situasi yang dialami perbadanan tabung pinjaman pelajaran itu sekarang.

PTPTN kini tanggung hutang RM40 bilion akibat sistem dan amalan bayaran balik terdahulu!

ptptn kini tersepit!

Kus semangat! Sikit punya banyak!

Pada masa sama kelangsungan operasi perlu terus kan...jadi PTPTN terpaksa buat lagi pinjaman besar dengan institusi kewangan sebab nak beri bantuan kepada pelajar baru.

Disebabkan itu, pihaknya mahu perkenal semula larangan keluar negara kepada peminjam ingkar.

PTPTN juga bercadang sekat peminjam daripada perbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Haaa...kalau ni dikenakan masaklah peminjam tegar dan culas.

ptptn kini tersepit!

Mengulas isu ni Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada pendapat beliau tersendiri.

Kata Datuk Seri Anwar, beliau berkongsi sentimen rakyat yang tolak cadangan PTPTN perkenal semula larangan berkenaan.

Baginya tidak wajar peminjam tegar ditekan sebegitu khasnya siswazah yang baru tamat pengajian dan belum dapat kerja.

Bagi penulis, hutang memang sahlah tetap kena bayar tapi suara rakyat yang sama tersepit macam PTPTN pun tak bolehlah nak diabaikan.

Harap PTPTN, kerajaan dan peminjam jumpa penyelesaian terbaik yang menjurus kepada 'menang-menang'.

Jangan gaduh-gaduh. Malaysia kita ni kecik aje.

Emoticon senyum satu!!!