Lagi Pencemaran Bau Dikesan, Gangguan Air Di 5 Wilayah Di Selangor Mulai Hari Ini

Pihak Air Selangor telah memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya pada jam 5:15 petang, hari ini, 3 September 2021, berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.

Henti tugas ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan). Kawasan-kawasan terjejas adalah seperti berikut:

lagi pencemaran bau dikesan, gangguan air di 5 wilayah di selangor mulai hari ini

Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa, Air Selangor akan membuat maklumat menerusi medium komunikasi rasmi mereka aitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/