Projek: Anchor SPM Kembali Untuk Musim Kedua?

Biarpun telah melabuhkan tirainya, namun ternyata fenomena drama bersiri Projek: Anchor SPM masih lagi dirasai.

projek: anchor spm kembali untuk musim kedua?

Tidak hanya mencatatkan rating tinggi, penonton malahan mendesak agar drama terbabit disambung ke musim yang kedua.

Memetik laporan Astro Gempak, pengarah, Razaisyam Rashid tidak menolak rezeki andai diberi peluang untuk mengarah karya arahan bersama Anwari Ashraf itu.

“Kalau ada rezeki, Astro bagi ruang, Tuhan bagi green light, kita pun jalanlah,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia berterima kasih terhadap sokongan para penonton yang tidak berbelah bahagi sejak episod pertama drama tersebut ke udara.

“Saya menerima banyak komen dan pendapat penonton termasuklah daripada pengkritik filem bebas serta penggiat seni tanah air. Tidak kira komen positif mahupun negatif, saya terima semuanya sebagai senjata utama untuk terus komited bagi menghasilkan sentuhan terbaik pada masa akan datang.

“Bagi saya, ia adalah sesuatu yang menarik apabila sinematografi, teknik pergerakan kamera dan penyuntingan Projek: Anchor SPM menjadi bualan mereka yang menontonnya.

“Secara tidak langsung ia menunjukkan penonton di luar sana sememangnya akan menyokong karya tempatan jika ia menepati citarasa mereka. Jadi, tidak mustahil untuk drama kita bersaing dengan drama dari luar negara,” ujarnya kepada satu akhbar tempatan.

Bersiaran sebanyak lapan episod, Projek: Anchor SPM dibintangi bakat-bakat muda seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Chubb-E, Shasha Abedul dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN