Program Vaksinasi Walk-In di Lembah Klang Dihentikan Lepas 15 September

Program vaksinasi ‘walk-in’ yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dihentikan selepas 15 September ini.

program vaksinasi walk-in di lembah klang dihentikan lepas 15 september

Bagaimanapun, penduduk di Lembah Klang yang belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan itu di klinik kesihatan tertentu bermula 16 September, demikian menurut Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

 

"Saya ingin mengumumkan bahawa program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang akan dihentikan terus selepas 15 September ini," katanya dalam sidang media, semalam.

 

Perkara ini dibuat selepas mengambil kira kadar penduduk Lembah Klang yang masih belum divaksinasi adalah rendah, jika dibandingkan dengan kadar kehadiran di PPV.

 

Ini bermakna mulai 16 September ini, individu yang belum divaksin masih boleh mendapatkan suntikan dos pertama mereka di klinik kesihatan tertentu dengan senarai klinik itu akan diumumkan kelak.

 

Proses vaksinasi secara walk in di negeri-negeri lain masih diteruskan dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenainya menerusi Jabatan Kesihatan negeri masing-masing.

 

Setakat 7 September, jumlah populasi dewasa yang lengkap di vaksin di Malaysia adalah hampir kepada 70 peratus, sekaligus membuktikan usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 80 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksinasi bagi setiap negeri sebenarnya mampu dicapai dalam masa singkat.

program vaksinasi walk-in di lembah klang dihentikan lepas 15 september

Sumber: [1]