Mulai 28 Jun, Premis Kedai Makan Dibenar Operasi Hingga 10 Malam

Bermula 28 Jun, premis kedai makan dan restoran dibenarkan untuk beroperasi semula dari 6 pagi hingga 10 malam.

mulai 28 jun, premis kedai makan dibenar operasi hingga 10 malam

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk menukar waktu operasi yang sebelum ini hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

 

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sumber: Utusan