PPV Lebih Luas Diperlukan Untuk Fasa Ketiga PICK

ppv lebih luas diperlukan untuk fasa ketiga pick
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkapasiti besar untuk fasa ketiga akan dilaksanakan di seluruh negara bagi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK). 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata PPV bersaiz besar amat perlu bagi menampung keperluan orang ramai. 

“Arahan daripada Perdana Menteri, kita perlu selesai program vaksinasi dalam tahun ini juga dan tidak boleh ditunda ke tahun hadapan. 

“Sebagai contoh di Kuala Lumpur, PPV boleh menampung untuk selesaikan suntikan vaksin tidak sampai 8,000 orang setiap hari. 

“Jadi kami akan cadangkan untuk mengunakan stadium tertutup di Bukit Jalil untuk program vaksinansi tersebut, jelasnya 

Dalam perkembangan lain, pemberitahuan melalui khidmat SMS telah dihantar kepada 1.4 juta individu yang dikenal pasti tidak melengkapkan pendaftaran mereka di My Sejahtera bagi Program Vaksinasi.  

SMS itu penting bagi membolehkan maklumat janji temu diberikan selepas mereka mengemas kini pendaftaran masing-masing.

ppv lebih luas diperlukan untuk fasa ketiga pick


Oleh: Ishahruddin