Elak Jadi Kluster Antara Negeri, Polis Perketat Lagi Roadblock Seluruh Negara

Dalam usaha memastikan tidak berlakunya ‘kluster antara negeri’, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperketatkan lagi penguatkuasaan kawalan sekatan jalan raya seluruh negara.

elak jadi kluster antara negeri, polis perketat lagi roadblock seluruh negara
 
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, wujud tanggapan dan dakwaan menyatakan anggotanya bertindak sambil lewa dalam penugasan di sekatan jalan raya.


Justeru, semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri telah diarahkan untuk mengerah anggota dan pegawai mereka untuk mengawal setiap sekatan jalan raya dengan lebih ketat.


"Saya tidak menolak kemungkinan berlaku pergerakan rakyat curi balik ke negeri di pantai timur. Mungkin esok berlaku cubaan rentas ke Perak dan Pulau Pinang. Saya akan pastikan pegawai tinggi setiap negeri dan juga dari Bukit Aman turun pantau operasi.
"Saya tidak mahu PDRM dipersalahkan, dan tidak sanggup lihat sekali wujud 'kluster interstate' (antara negeri) seperti sebelum ini," katanya.

 
Sumber: HMetro