Polis Berpakaian Biasa Pantau SOP Orang Ramai Di Lokasi Tumpuan

Polis Daerah Kuantan kini menempatkan pegawai dan anggota berpakaian biasa di kawasan tumpuan bagi tujuan memantau pematuan pengunjung terhadap prosedur operasi standard (SOP).

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata, masih ada individu yang memandang remeh terhadap pematuhan SOP terutamanya pada pemakaian pelitup separuh muka serta penjarakan sosial.

polis berpakaian biasa pantau sop orang ramai di lokasi tumpuan

Katanya, segelintir individu ini hanya akan patuh kepada SOP berkenaan selepas sedar akan kehadiran pegawai polis.

 

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana arahan terhadap pemakaian pelitup muka di kawasan awam telah lama dikuatkuasakan," katanya.

 

Menurutnya lagi, pihak polis bukan sengaja mahu mencari kesalahan, tetapi terpaksa bertindak dengan lebih tegas dalam usaha membendung pandemik COVID-19 di negara ini.

 

Bagi memantau pergerakan orang ramai yang dijangka keluar membeli-belah bagi persiapan Aidilfitri pada saat akhir, pihak polis akan menggerakkan seramai mungkin anggotanya.

 

Dalam pada itu juga, beliau turut menyarankan orang ramai tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke lokasi tumpuan ramai termasuklah bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan juga pusat membeli-belah bagi mengelakkan risiko jangkitan.

 

Sumber: Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN