Perdana Menteri, Individu Pertama Di Negara Ini Disuntik Vaksin COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi individu pertama di negara ini yang disuntik dengan vaksin COVID-19.

perdana menteri, individu pertama di negara ini disuntik vaksin covid-19
 
Dos pertama yang disuntik kepada beliau adalah keluaran Pfizer-BioNTech yang tiba di negara ini pada Ahad lalu.
 
Beliau disuntik oleh Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Lina Ibrahim pada jam 2.42 petang tadi.
 
Turut bersama disuntik hari ini adalah etua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya.
 
 
Kesemua penerima vaksin akan dipantau selama 30 minit selepas disuntik sebelum diberikan pelepasan.

 
Baca: Suntikan Vaksin COVID-19 Ambil Masa 15 Hingga 30 Minit
 
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.
 
Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara - dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

 
Pendaftaran untuk vaksin COVID-19 juga sudah boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.
 
Baca: Dah Boleh Daftar Vaksin COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera


 
Sumber: Astro Awani
 
 
 
 
 
ARTIKEL BERKAITAN