Plat Parkir OKU Bakal Ganti Pelekat Cermin Atasi Salah Guna Fasiliti

Kementerian Pengangkutan kini dalam proses akhir bagi mewartakan pelaksanaan plat kenderaan orang kelainan upaya (OKU) bagi menggantikan pelekat kenderaan untuk golongan itu.

 

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, pelaksanaan plat kenderaan khas itu akan dapat memastikan penguatkuasaan lebih telus dan mudah dilakukan khasnya terhadap penyalahgunaan fasiliti tempat letak kenderaan OKU oleh masyarakat.

plat parkir oku bakal ganti pelekat cermin atasi salah guna fasiliti

Beliau berkata, kementeriannya juga dalam perancangan mewujudkan kod amalan terbaik bagi menyantuni golongan OKU serta menyambut baik cadangan one pass for all purposes dan akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

 

Bagi pengangkutan awam pula, penyediaan kemudahan bagi OKU turut disediakan di kawasan pedalaman dan luar bandar melalui Jawatankuasa Pengangkutan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) dengan audit dibuat secara berkala setiap tahun bagi menambah baik fasiliti dan perkhidmatan sedia ada.

 

Selain itu, Kementerian Kerja Raya kini dalam proses membangun sistem baharu penguatkuasaan kenderaan melebihi muatan iaitu weigh-in-motion (WIM). Dengan WIM, penguatkuasaan kenderaan lebih muatan boleh dilakukan secara automatik tanpa kenderaan itu perlu berhenti.

 

Sumber: [1]