PKPB: Perlu Ada Pas Pekerja Dan Surat Kebenaran Dari Majikan Sekiranya Mahu Merentas Daerah

pkpb: perlu ada pas pekerja dan surat kebenaran dari majikan sekiranya mahu merentas daerah

Selain daripada Sabah, 1 negeri dan 2 wilayah di Semenanjung Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober. Negeri yang terlibat ialah Selangor dan wilayah yang terlibat ialah Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Antara kawalan yang dikenakan adalah kawalan merentas negeri dan juga daerah. Pihak berkuasa melarang mana-mana pihak untuk melakukan perkara itu sekiranya tidak mempunyai apa-apa urusan penting.

Bagi mereka yang mahu ke tempat kerja anda perlu mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Tapi, kalau tempat kerja anda dalam daerah yang sama, tak perlu lah nak buat ada surat tersebut.

Selain itu, untuk mereka yang berada di luar negeri dan perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

Jika anda menggunakan perkhidmatan udara dan melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, anda juga harus mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

pkpb: perlu ada pas pekerja dan surat kebenaran dari majikan sekiranya mahu merentas daerah

pkpb: perlu ada pas pekerja dan surat kebenaran dari majikan sekiranya mahu merentas daerah

Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara