PKPB: Kedai Gunting Rambut Masih Lagi Tak Dibenarkan Beroperasi

pkpb: kedai gunting rambut masih lagi tak dibenarkan beroperasi

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menyatakan bahawa KKM masih lagi tidak membenarkan kedai gunting rambut beroperasi untuk tempoh PKPB ini. Arahan ini termasuklah kedai gunting rambut yang berada di kawasan terbuka.

Tindakan itu diambil selepas beberapa negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat mempunyai kes jangkitan akibat kontak kedai gunting rambut dan pelanggan. Namun, pihak KKM sentiasa memantau kes positif sebelum memberi cadangan kepada pihak kerajaan bagi membenarkan mana-mana sector termasuklah kedai gunting rambut untuk beropersi.

 “Jadi kita sedang memantau perkara ini dengan teliti sebelum kita membenarkan, mungkin secara berperingkat.” Katanya dalam sidang media harian pada hari Khamis.

Bertabahlah ye. Kalau agak-agak rimas sangat dengan rambut panjang, boleh cuba suruh isteri atau kawan tolong guntingkan. Tapi, risiko tanggung sendiri.

Sumber: Astro Awani