PKP 2.0 : Acara Sukan Kembali Ditunda!

pkp 2.0 : acara sukan kembali ditunda!

Pelaksanaan semula PKP di 6 negeri mulai 13 hingga 26 Januari sudah pasti memberi kesan yang besar kepada negara.

Seperti yang berlaku tahun lalu, banyak aktiviti yang tidak dapat dilakukan termasuklah penganjuran acara sukan.

pkp 2.0 : acara sukan kembali ditunda!

Saingan Liga Hoki Malaysia yang sepatutnya bermula pada 14 Januari telah ditunda selaras dengan pelaksanaan PKP 2.0 ini.

Keputusan tersebut dibuat oleh Konfederasi Hoki Malaysia bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua pihak terlibat.

pkp 2.0 : acara sukan kembali ditunda!

Selain itu, Piala Juara-Juara STL juga terkesan dengan pelaksanaan PKP ini.

Kejohanan sepak takraw yang dijalankan di Johor itu baru berlangsung 2 hari sebelum ditunda kerana negeri tersebut merupakan antara 6 negeri yang dilaksanakan PKP sekaligus melarang sebarang kejohanan sukan diadakan.

pkp 2.0 : acara sukan kembali ditunda!

Liga Super Bola Jaring juga terjejas. Pertandingan yang dijadual bermula 22 Januari hingga 14 Februari ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Acara sukan nombor 1 negara iaitu bola sepak juga tidak terkecuali. FAM telah membatalkan kem latihan pusat skuad Harimau Malaya susulan pelaksanaan PKP.

pkp 2.0 : acara sukan kembali ditunda!

Keputusan itu sekaligus memberi kesan kepada persiapan skuad kebangsaan yang akan berdepan UAE pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022, Mac depan.

Namun, badan induk itu tetap optimis mampu mendapatkan pelepasan kepada skuad Harimau Malaya untuk terbang ke luar negara untuk perlawanan tersebut.

Buat masa ini, polisi kerajaan tidak membenarkan mana-mana individu untuk ke luar negara bagi mengekang penularan COVID-19.

pkp 2.0 : acara sukan kembali ditunda!

Nasib Liga Malaysia pula masih belum diketahui. Saingan yang akan bermula hujung Februari itu mungkin dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Namun ia bergantung kepada tempoh PKP sama ada dilanjutkan atau sebaliknya.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula PKP ekoran peningkatan mendadak kes positif harian COVID-19 kebelakangan ini.

Diharap rakyat Malaysia terus mengamalkan SOP bagi mengekang penularan virus tersebut sekaligus membolehkan kehidupan kita kembali seperti biasa.

 

Oleh: Karami Kamel