Pintu Hati Shuhada Dah Tertutup Buat Hafidz Roshdi, “Saya Dah Sedia Bercerai..”

“Selepas semua yang berlaku, pintu hati saya sudah tertutup dan mahu tamatkan semuanya. Dia yang pilih dan membentuk jalan ke arah ini.”

 

Demikian menurut isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang ditanya sama ada kemungkinan untuk beliau berbaik semula dengan suaminya itu, selepas melalui pelbagai cabaran dan ujian.

 

Menurut pemilik nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, beliau sentiasa berharap kemelut rumah tangganya yang sudah berlarutan selama lima bulan ini berakhir dengan cepat dan baik.

pintu hati shuhada dah tertutup buat hafidz roshdi, “saya dah sedia bercerai..”

“Allah permudahkan urusan hari ini dengan melancarkan segala hal. Saya sudah bersedia (bercerai) sebenarnya untuk sebarang kemungkinan hari ini (20 Jun).

“Memang saya harap berakhir hari ini tetapi saya percaya semua yang berlaku adalah kehendak Allah.

“Namun apabila kemelut ini belum berakhir, banyak perkara yang tergantung termasuk pendaftaran anak sekolah. Jadi, harapnya semua berakhir dengan segera,” katanya.

 

Shuhada turut menjelaskan mengenai dirinya yang sudah beberapa kali meminta cerai yang katanya ia berpunca daripada suaminya itu sendiri.

 

Beliau turut menafikan akan kembali kepada Hafidz dan juga enggan berkawan baik dengan bekas suami suatu hari nanti.

pintu hati shuhada dah tertutup buat hafidz roshdi, “saya dah sedia bercerai..”

“Selepas semua yang berlaku, pintu hati saya sudah tertutup dan mahu tamatkan semuanya. Dia yang pilih dan membentuk jalan ke arah ini.

“Sepatutnya berakhir dalam keadaan baik tetapi untuk berkawan baik dengan bekas suami mungkin tidak,” katanya.

 

Terdahulu, mahkamah menetapkan tarikh 27 Julai sebagai tarikh baharu prosiding lafaz cerai pasangan berkenaan selepas keduanya selesai memberi kenyataan bertulis dan lisan.

 

Sumber: Kosmo!