Piala Malaysia Ada Harapan Diteruskan...

piala malaysia ada harapan diteruskan...

Baru-baru ini kecoh berhubung isu saingan Piala Malaysia yang ditangguhkan ekoran peningkatan kes COVID-19.

Majlis Keselamatan Negara juga turut menolak cadangan yang dikemukakan Liga Bolasepak Malaysia, MFL untuk mengadakan perlawanan secara berpusat di Pahang dan Kelantan.

Namun, MFL kemukakan rayuan kepada MKN untuk pertimbangkan semula penangguhan kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara itu.

piala malaysia ada harapan diteruskan...

Tindakan MFL untuk merayu mendapat sokongan beberapa pihak termasuk jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.

Pengendali kelahiran Singapura itu berkata skuad Lang Merah bersedia jika diminta untuk beraksi di venue berkecuali yang dipohon MFL bagi perlawanan suku akhir.

Jelasnya SOP ketat harus diamalkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak terlibat daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Namun, dia tetap menghormati dan akan terima apa jua keputusan sama ada kejohanan itu akan dilangsungkan atau sebaliknya.

Sementara itu, Nidzam Adzha Yusoff turut berharap saingan itu mendapat kebenaran kerajaan untuk diteruskan.

Ketua jurulatih Kuala Lumpur itu berkata ini kerana kontrak pemain dan staf pasukan akan tamat bulan depan sekaligus menimbulkan kesukaran sekiranya Piala Malaysia ditangguh melepasi Disember.

Pada waktu macam ni, harap-harap semua pihak bersabar termasuklah penyokong. Semoga pandemik COVID-19 ni cepat berakhir dan kita semua boleh kembali jalani kehidupan seperti biasa.

 

Oleh : Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN