Flight Misi Kedua Bawa Rakyat Malaysia Keluar Dari Wuhan Selamat Mendarat Pagi Tadi

flight misi kedua bawa rakyat malaysia keluar dari wuhan selamat mendarat pagi tadi

Sebuah lagi pesawat AirAsia AK8256 telah dihantar ke Wuhan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di bandar tersebut.

Menurut laporan salah seorang wartawan Awani, pesawat yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tiange, Wuhan pada ham 1.45 pagi tadi dan telah selamat mendarat di KLIA pada jam 6.50 pagi.

 

 

Menurut wartawan tu juga, daripada 66 orang rakyat Malaysia, 44 ialah rakyat Malaysia dan 18 lagi merupakan tanggungan (pasangan dan anak) mereka yang bukan warganegara.

 

 

Mereka semua dibawa ke Air Disaster Unit (ADU) untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. Seandainya terdapat dalam kalangan mereka mempunyai symptom jangkita, mereka akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh atau Hospital Tengku Jaafar.

Sumber: Twitter Isabelle Awani

ARTIKEL BERKAITAN