Isu poligami melibatkan seorang influencer di negara ini, masih hangat diperkatakan warganet.
Ketika ramai wanita khasnya para isteri yang ‘naik angin’ dek kerana kisah poligami yang dibuat influencer berkenaan, pelakon, Puteri Sarah Liyana mempunyai nasihat tersendiri.
Menurut Puteri Sarah, beliau menasihatkan agar wanita yang dalam dilema selepas dimadukan agar tidak membuat sebarang keputusan terburu-buru, selain boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari.
Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata wanita yang berdepan dengan situasi itu wajar membuat keputusan yang baik dengan memikirkan kepentingan diri sendiri dan anak-anak.
Bukan hanya itu, Puteri Sarah juga menasihatkan agar keputusan yang dibuat bukan disebabkan pandangan atau hasutan orang lain, sebaliknya ia perlu untuk kebaikan diri sendiri.
“Buat apa yang menggembirakan jika tidak memudaratkan.
“Jangan dengar hasutan orang lain, jangan biar orang lain buat keputusan tentang kehidupan anda.
“Fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak. Allah sentiasa ada dengan awak,” kata beliau.
Perkongsian itu dibuat Puteri Sarah menerusi Instagram beliau, dipercayai mengenai isu melibatkan pasangan media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah.
Sumber: Instagram