Pesanan Elfira Loy Kalau Nak Kahwin Muda, “Hanya Yang Matang Boleh Laluinya..”

Pejam celik rupanya sudah hampir empat tahun pelakon, Elfira Loy melayari bahtera rumah tangga.

pesanan elfira loy kalau nak kahwin muda, “hanya yang matang boleh laluinya..”

Menurut Elfira, 29, sepanjang hampir empat tahun berumah tangga dan menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata, ia adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah untuk digalas.

 

Ujarnya, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastika hubungan rumah tangga itu kekal harmoni dan bahagia.

 

"Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.

"Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.

"Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan," katanya.

pesanan elfira loy kalau nak kahwin muda, “hanya yang matang boleh laluinya..”

Tambah Elfira lagi, soal populariti bukanlah apa yang dikejar olehnya meskipun sudah mendirikan rumah tangga pada usia muda dan ketika namanya masih berada di puncak.

 

"Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama. Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu," katanya.

 

Elfira turut menasihatkan sesiapa yang ingin berkahwin muda supaya mencari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dahulu.

pesanan elfira loy kalau nak kahwin muda, “hanya yang matang boleh laluinya..”

"Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.

"Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.

"Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah," katanya.

 

Terdahulu, pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri ini telah selamat menjadi isteri kepada Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada 1 Oktober 2019, dan adiknya Nur Aria Mikayla yang lahir pada 20 Mei 2022.

 

Sumber: HMetro